Falling object

Snow

TEXT

Running lamp

Thursday 20 December 2012

Bina Ayat Berpandukan Gambar

Bina lima ayat berpandukan gambar yang diberi
 Bina lima ayat berpandukan aktiviti dalam gambar .

Tuesday 18 December 2012

Video Penggunaan Kata Adjektif Dalam Penulisan


Contoh Soalan



Set Soalan Untuk Tahun 4
Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan iaitu A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian pada kertas jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1
                                                                            Gambar 1

1.   Pendekar itu bersenjatakan ____________ untuk melawan musuh.
      A. keris                 B. pisau                     C. tombak                  D. lembing

2.  ”___________ mencari siapa?” tanya Jason kepada gadis itu.
      A. Encik                           B. Saudari                 C. Saudara

3.  Pemuda itu dihukum penjara kerana __________ didapati bersalah.
      A. dia                                B. kamu                     C. patik                       D. mereka

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2
                                                                            Gambar 2

4. Mahesh menggunting keratan akhbar itu dengan se___________ gunting.
      A. biji                    B. kaki                     C. buah                     D. bilah
5.  ”________ lah duduk, Kai Ling,” kata Siva kepada Kai Ling.
      A. Usah                            B. Sila                                    C. Minta

Soalan 6 berdasarkan Gambar 3
                                                                         Gambar 3

6. Ibu Rohan menyidai pakaian di _____________ pada setiap hari.
      A. ampaian                      B. terampaian           C. mengampai          D. mengampaikan

7. Chee Meng menerima ______________ daripada Kanang.
      A. cari jalan                     B. curi tulang                                    C. tanda mata


Soalan 8-10
Pilih Kata Hubung yang paling sesuai

8.  Ibu melipat baju itu ________ menyimpannya di dalam almari.
      A. ke                                 B. atau                       C. lalu                                   

9. Bangunan itu bukan sahaja tinggi___________ bentuknya sangat unik..
      A. dan                  B. namun                  C. kecuali                  D. malahan  

10. ___________ keluarganya miskin tetapi dia bersemangat untuk melanjutkan pelajaran..
      A.Jika                               B. Kalau                     C. Walaupun          


Soalan 11-14
Pilih Kata Penguat yang paling sesuai

11.  Pemandangan di tepi tasik ini indah________.
      A. agak                             B. nian                       C. terlalu

12.  Pasu bunga yang berharga RM10 000 itu ________ mahal.
      A. betul                                        B. sekali                                 C. sangat
13.  Pantun yang diberikan itu tepat __________  dengan tema majlis tersebut.
      A. nian                             B. amat                       C. sekali                     D. paling

Soalan 14 berdasarkan Gambar 4
                                                                            Gambar 4

14. Puan Aminah mendapat pujian daripada kawan-kawannya kerana baju yang dipakainya ___________ cantik di kalangan mereka.
      A. nian                             B. agak                    C. sekali                          D. paling

Soalan 15-21
Pilih Kata sendi nama yang paling sesuai


15. Dompet Mei Ling yang hilang ada ________ Cikgu Tan.
      A.  di                                 B. pada                      C. oleh                       D. kepada


Soalan 16 berdasarkan Gambar 5
                                                                              Gambar 5

16. Permainan di taman itu adalah ______________ kanak-kanak sahaja.
      A. dari                  B. oleh                       C. untuk                     D. dengan

17. Faizal dan adiknya suka _________ sukan silat olahraga.
      A.  akan               B. pada          C. kepada                  D. daripada

18. Pak Ali  sudah keluar dari rumah__________ tiga jam yang lalu.
      A.  sejak               B. tentang                  C. semenjak             
Soalan 19 berdasarkan Gambar 6
                                                                        Gambar 6

19. Mereka berlatih silat _________ petang __________ malam.
     A. dari......hingga                         B. daripada......ke                             C. daripada……hingga

20. Datuk membelah kayu api itu ___________ sebilah kapak.
      A.  di                                 B. untuk                     C. supaya                  D. dengan

21. Sunita ingin mengikut jejak abangnya untuk melanjutkan pelajaran __________ luar negara.
      A. ke                     B. dari                         C. oleh                       D. hingga

Soalan 22 berdasarkan Gambar 7
                                                                            Gambar 7

22. Puan Aima _______________ adunan biskut kelapa itu sebelum dicanai dan diterap.
      A. menebar                     B. menguli              C. mengisar            D. menggelentel

23. Pasukan Wushu Malaysia  berjaya ___________ tujuh pingat emas dalam kejohanan Wushu Dunia Ke-4 di negara China.
      A. merebut                       B. mengulas                    C.merampas      D. merangkul   

Soalan 24 dan Soalan 25
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

24. Seekor arnab sedang mencari makanan  di tepi lembah.
      A. palas                            B. gamat                    C. kelinci                   D. liburan
25. Pasangan pengantin itu sedang bersanding di atas pelamin.
      A. buah hati                                B. raja sehari                         C. cahaya mata

Soalan 26
Pilih perkataan perlawanan bagi perkataan yang bergaris.

26. Pasukan mereka tumpas dalam perlawanan yang telah diadakan pada petang semalam.
      A. kalah                           B. tewas                     C. gagal                     D. menang

Soalan 27
Pilih ayat pasif yang betul bagi ayat aktif.
27.  Chong Beng menyusun buku-buku rujukan di atas rak.
       A. Buku-buku rujukan di atas rak Chong Beng disusun.
       B. Buku-buku rujukan di atas rak disusun Chong Beng
       C. Buku-buku rujukan disusun oleh di atas rak Chong Beng.
       D. Buku-buku rujukan disusun oleh Chong Beng di atas rak.

Soalan 28
Pilih ayat songsang yang betul.
28.  Kain songket ini hasil tenunan Puan Mariam
       A. Hasil tenunan Puan Mariam kain songket ini.
       B. Puan Mariam kain songket ini hasil tenunan .
       C. Kain songket ini Puan Mariam hasil tenunan.
       D. ini Puan Mariam kain songket hasil tenunan

Soalan 29
Pilih kata pemeri yang paling sesuai

29   I.   Air adalah penting untuk kehidupan manusia.  
  II.  Kerusi yang dibuat daripada rotan adalah tahan lama.
        III. Silambam ialah seni mempertahankan diri masyarakat India.
        IV. Tujuan perjumpaan ini ialah untuk membincangkan rancangan cuti sekolah.
     
      A. I dan II             B. III dan IV                C. I, II dan IV             D. I, II dan III.
     
   
Soalan 30
Pilih ayat yang menggunakan perkataan banyak makna yang betul.
30.   I.   Kasutnya lapang setelah dibasuh.
        II.  Taman permainan itu lapang dan bersih.
        III. Basikal kepunyaan Kai Ming sangat lapang.
        IV. Mei Mei suka menonton televisyen pada masa lapang.
     
      A. I dan II                        B. II dan III                 C. II dan IV                D. I, II dan IV

Soalan  31 hingga 35.
Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian jawab soalan yang berikutnya.
     Setiap bangsa di dunia ini mempunyai seni mempertahankan diri tersendiri. Walaupun cara pemakaian, langkah, dan teknik berbeza, namun tujuannya tetap sama, iaitu mempertahankan diri daripada serangan. Silat terkenal di kalangan masyarakat Melayu, kung fu untuk masyarakat Cina, tae kwan do untuk masyarakat Korea, tomoi untuk masyarakat Siam, dan banyak lagi.
      Di Malaysia, silat sangat terkenal dan terbahagi kepada pelbagai jenis. Antara pertubuhan silat yang terkenal ialah silat Gayung Malaysia, Gayung Patani, Gayung Harimau, Cekak Hanafi, Cekak Malaysia, Bunga, Pulut, Selendang Merah, dan sebagainya.
     Teknik setiap silat berbeza-beza dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Kebanyakan seni silat gayung mempunyai teknik gempur yang kasar dan banyak menggunakan tenaga. Bagi seni cekak pula tekniknya agak santai dan sangat sesuai bagi wanita. Ada juga silat yang menekankan gerak tari seperti seni silat bunga dan pulut. Begitu juga seni silat selendang merah yang mengelirukan musuh dengan pergerakan kaki dan tangan yang sama.

31.  Apakah persamaan setiap seni mempertahankan diri ?
       A. Cara pemakaian, langkah, dan teknik.
       B. Tujuannya untuk mempertahankan diri.
       C. Pergerakan kaki dan tangan yang sama.

32.  Apakah keistimewaan  seni silat cekak ?
       A.  Menekankan gerak tari.    
       B. Teknik yang santai dan tidak banyak pergerakan.
       C. Mempunyai teknik gembur yang kasar dan banyak menggunakan tenaga.
33. Berikut ialah pertubuhan silat yang terkenal di Malaysia, kecuali
      A. Tomoi              B. Gayung Patani         C. Cekak Hanafi           D. Selendang Merah 

34. Perkataan terkenal dalam petikan di atas bermaksud
      A. ternama           B. tersepak                 C. terpandai              D. terbilang  

35. Pilih pernyataan yang tidak benar berpandukan petikan
      A. Seni cekak teniknya sangat sesuai bagi wanita.
      B. Silat terbahagi kepada banyak jenis di Malaysia.
      C. Kung Fu terkenal di kalangan masyarakat Korea.
      D. Setiap bangsa mempunyai seni mempertahankan diri tersendiri

Soalan  36 hingga 40.
Baca dan fahami surat kiriman di bawah. Kemudian jawab soalan yang berikutnya.
                                                                                                             16, Jalan Uda 2,
                                                                                                              Taman Jaya,
                                                                                                              09600 Lunas,
                                                                                                              Kedah.                    
                                                                                                              4 Mac 2010.           
     
Menemui sahabatku, Usun yang berada di Sabah, semoga sihat selalu.
Saudara,
       Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya berpeluang mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tempat yang kami lawati ialah Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA). Antara tempat menarik yang ingin saya ceritakan kepada saudara ialah KLIA.
       Saya tertarik dengan keindahan reka bentuk bangunan KLIA ini. Tidak jauh dari bangunan tersebut, terdapat menara kawalan trafik dengan ketinggian 118 meter. Bangunan paling besar dan paling sibuk ialah Terminal Utama dan Jeti Penghubung.
        Daripada maklumat yang saya peroleh, KLIA dibina di atas tapak seluas 10 ribu hektar. Projek ini dimulakan pada tahun 1995 oleh 25 ribu tenaga pekerja dari 50 buah Negara. KLIA telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 27 Jun 1998.
        Demikianlah serba sedikit tentang KLIA yang saya lawati. Jika ada kesempatan saya akan menulis lagi kepada saudara.
        Sekian, terima kasih.
                                                                                                                           Sahabatmu,
                                                                                                                           Marwanti 
36. Apakah tujuan sebenar penulis menulis surat itu kepada sahabatnya ?
      A. Untuk bertanya khabar.
      B. Untuk bercerita tentang keluarganya.
      C. Untuk menceritakan tentang lawatannya.
      D. Untuk mengucapkan terima kasih kepada Usun.

37. Di manakah penerima surat  berada semasa dia membaca surat ini ?
       A. Sabah         B. Kedah         C. Cyberjaya           D.Kuala Lumpur

38. Dengan siapakah penulis menyertai lawatan itu ?
      A. Sahabatnya         B. Saudaranya           C. Keluarganya         D. Pihak sekolahnya  

39. Berikut ialah tempat-tempat yang dilawati oleh penulis kecuali 
     A. Putrajaya       B. Cyberjaya        C. Kuala Lumpur        D. Lapangan Terbang Subang

40. Maklumat manakah yang berikut tidak tepat  tentang KLIA ?
     A. Tinggi menara kawalan trafik ialah 118 meter.
     B. Menggunakan puluhan ribu pekerja untuk membina KLIA.
     C. Projek pembinaan lapangan terbang ini disiapkan pada tahun 1995.
     D. Reka bentuk bangunan lapang terbang KLIA sangat indah dan menarik.









Alam Bahasa Melaysia

Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)

Bahasa Melaysia Kertas 2 Bahagian C