Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di
bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia
ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang
gambar yang tersiar dalam
akhbar tu.
Eee............ngerinya!
Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak
putus-putus keluar cerita tentang ular sawa dalam akhbar.
Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -macam lagi
Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita
sensasi macam tu disukai oleh orang ramai
Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita -cerita
sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang
ular sawa telan gajah. Haa. masa tu barulah
heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang
dilindungi?
Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita
boleh didakwa jika mencedera atau
membunuh ular.
Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda
hingga RM3 000 atau penjara!
Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat
-cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak pukul
atau bunuh!
Chan : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas
masuk mulut ular sawa, awak kena masuk
penjara pula!
1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di
atas?
A. Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
B. Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
C. Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
D. Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.
2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan
perkataan
A. menakutkan B. menggemparkan
C. menghairankan D. menyeronokkan
3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
A. ular sawa menelan gajah
B. ular sawa menelan kambing
C. ular sawa menelan ayam
D. ular sawa menelan manusia
4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang
bersalah kerana
mencedera atau membunuh ular sawa?
mencedera atau membunuh ular sawa?
A. Denda sehingga RM3 000
B. Dikenakan hukuman penjara.
C. Dihukum penjara dan denda RM3 000
D. Denda RM3 000 atau dihukum penjara 5
5. Ular sawa tidak boleh dipukul
atau dibunuh kerana
A. hukumannya sangat berat.
B. ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
C. kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
D. kita boleh dihukum penjara.
Soalan 6 hingga Soalan 10
Baca surat di bawah, kemudian
jawab soalan-soalan berikutnya.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban,
70300 Seremban.
Telefon : 06-4246522
______________________________________________________________________________________
Semua Ibu Bapa/Penjaga Pelajar, Ruj.
Kami: SKMB/96/07
Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban,
70300 Seremban. Tarikh
: 13 Jun 1996
Tuan/Puan,
Pengambilan
Buku Laporan Kemajuan Pelajar
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak tuan/puan dijemput hadir
ke sekolah bagi me ngambil buku laporan kemajuan anak tuan/puan.
2. Untuk makluman tuan/puan, bermula tahun ini pihak
sekolah tidak lagi menyerahkan buku
laporan tersebut
kepada para pelajar untuk ditandatangani oleh penjaga mereka di rumah
3. Pihak sekolah berpendapat adalah lebih baik para ibu
bapa datang ke sekolah untuk
menandatangani buku laporan tersebut.
Dengan itu ibu bapa dapat berjumpa dengan guru
kelas anak mereka dan seterusnya dapat
berbincang tentang perkembangan pelaiaran
anak-anak.
4. Tuan/puan diminta hadir bersama anak tuan/puan yang
lengkap berpakaian seragam sekolah
pada tarikh dan masa yang
dinyatakan seperti di bawah
Tarikh : 22
hb. Jun 1996
Hari : Sabtu
Masa : Tahun
1, 2, dan 3 Tahun 4, 5, dan 6
8.00 pagi -
11.00 pagi 9.00 pagi - 11.45
pagi
2.00 petang - 4.00 petang 3.00
petang - 4.45 petang
5. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan sangat kami
harapkan demi meningkatkan lagi prestasi
pelajaran pelajar-pelajar sekolah
ini.
Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
____________________________
(MOHD FIKRI BIN KHAIRUDIN)
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban.
6 Surat di atas ditujukan kepada
A. Guru besar B. pelajar-pelajar
C. ibu bapa/penjaga D. tuan/puan
7 Tujuan utama surat itu adalah untuk
A. menjemput ibu bapa datang ke sekolah berjumpa dengan guru kelas
anak- anak mereka.
B. memberitahu ibu bapa tentang kemajuan pelajaran anak -anak mereka.
C. menjemput ibu bapa berbincang tentang kemajuan pelajaran anak -anak
mereka.
D. memberikan tarikh dan masa ibu bapa boleh hadir ke sekolah bagi
mengambil buku laporan
kemajuan anak-anak mereka.
8. Semua pernyataan berikut
adalah benar, kecuali
A. ibu bapa diminta datang sendiri untuk mengambil buku laporan
kemajuan pelajar.
B. pelajar boleh membawa pulang buku laporan kemajuan mereka untuk
ditandatangani oleh ibu
bapa atau penjaga di rumah.
C. pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah apabila hadir ke
sekolah bersama ibu bapa
mereka.
D. pihak sekolah berhasrat untuk mempertingkatkan prestasi pelajaran
murid -muridnya.
9 Anak Puan Seliah belajar dalam Tahun 6. Oleh itu beliau boleh datang
pada masa berikut, kecuali
A. 8.45 pagi B. 9.30 pagi C. 3.45 petang D. 4.15 petang
10 Sarah murid Tahun 4, manakala adiknya Nadia belajar dalam Tahun 1 .
Masa yang paling sesuai
bagi ibu bapa mereka hadir ke sekolah
ialah
A. 8.30 pagi B. 11.15
pagi C. 3.30 petang D. 4.15 petang
Soalan 11 hingga Soalan 15
Baca petikan di bawah, kemudian
jawab soalan-soalan berikutnya.
Haikal,
John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan bersekolah
di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa berlumba-lumba
dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas.
Dalam
Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam kelas
mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala
Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100
peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian
ketiga –tiga muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu.
Walaupun
mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama
lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar
bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya
secara muafakat.
Di
kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampong juga
sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin
menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila
berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya
menegur orang itu dengan ramah.
11 Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud
A. berlawan B. bersaing C.beriringan D.berkejar-kejaran
12 Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?
A. Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik.
B. John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu.
C. Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris
D. Haikal, John dan Leong mendapat 4A dalam peperiksaan percubaan UPSR
sekolah mereka.
13 Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama
-sama, kecuali
A. bermain B. belajar C. menolong ibu bapa D. menyelesaikan masalah
14 Semua simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas membawa
maksud yang baik, kecuali
A. anak emas B. ringan
tulang C. ringan mulut D. masam muka
15 Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut?
A. Bakal Pelajar Terbaik UPSR
B. ikap Yang Harus Diteladani
C. ringan mulut D. Pelajar
Pintar Sentiasa Berlumba-lumba
Soalan 16 hingga Soalan 20
Baca petikan di bawah, kemudian
jawab soalan-soalan berikutnya.
Matahari terlindung cuaca redup,
Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga ke mati.
Gembira sungguh di hari raya,
Tetamu datang tiada henti;
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.
Pak Lebai memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu;
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.
Hati gembira apabila bertemu,
Setelah lama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.
|
16 Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'?
A. Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.
B. Pelita diperlukan semasa mencari ilmu.
C. Ilmu akan dibawa hingga ke mati.
D.Ilmu itu dapat menghidupkan pelita.
17 Perkataan 'payah' dalam rangkap ketiga sama ertinya dengan
A. rahsia B. seksa C. sukar D. mudah
18 Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh
A. menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu.
B. membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.
C. menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.
D. menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca.
19 Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali
A. kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu.
B. kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu'.
C. membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu.
D. Ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi.
20 Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah
A. Mari Berpuisi B. Faedah
Ilmu C. Pantun Ilmu D. llmu Dalam Pantun
Soalan 21 hingga Soalan 30
Pilih jawapan yang paling sesuai
untuk diisi ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
21 Pemburu itu cuba......... kera dengan menagunakan perangkap yang
diperbuat daripada buluh.
A. menangkap B. menangkapi C. memerangkap D. memperangkapkan
22 Kebolehannya dalam permainan badminton .......................
apabila dia menjuarai acara perseorangan
di peringkat daerah.
A. terserlah B. tampak C. kelihatan D. bermula
23 Encik Nathan ialah Guru Besar kami yang baru. Sebelum ini ......................
bertugas di sebuah sekolah di Pulau Pinang.
A. dia B. ia C. baginda D .beliau
24 Bangunan baru yang dibina itu tidaklah .......................
Menara Kuala Lumpur yang merupakan binaan tertinggi di Malaysia.
A. secantik B. seperti C. setinggi D. sebesar
25 Kumpulan pengganas itu akhirnya menaikkan .......................
tanda menyerah kalah setelah tempat persembunyian mereka
dikepung oleh pasukan keselamat an.
A. tangan ke atas B. senjata
berat C. bendera putih D. harga diri
26 Para penonton mengejek pengadil itu kerana bersikap ......................
semasa mengadili perlawanan bola sepak itu.
A. pilih kasih B.berat
sebelah C. pilih bulu D. sebelah mata
27 ............ Tiada kerja di kampung, dia pun berpindah ke bandar
untuk mencari kerja.
A. Lantaran B. Manakala C. Jika D. Walhal
28 Pelajar nakal itu didenda oleh Guru Besar kerana enggan memotong
rambutnya yang panjang sudah .................... beberapa kali diberi amaran.
A. sekiranya B. sebab C. walaupun D. andai kata
29 Para nelayan itu turun ke laut dengan membawa tiga ..............
jala dan beberapa .................
joran.
A. buah ... biji B.
rawan ... batang C. batang
... rawan D. longgok ...
buah
30 Polis menjumpai dua ................. pistol yang disembunyikan di
dalam se.............pokok serai di
belakang rumah penjahat itu.
A. pucuk ... rumpun B.
das ... buah C. laras ...
batang D. pucuk ... cekak
31 Hanya orang yang bersemangat jitu sahaja akan dipilih menyertai
pasukan tentera.
A. kuat B. lemah C. waja D. lembut
32 Fikirannya menjadi semakin berkecamuk setelah mendapat tahu bahawa
dia telah gagal dalam
peperiksaan itu.
A. tenang B. bercelaru C. risau D. teratur
Soalan 33 dan Soalan 34
Pilih perkataan seerti yang paling
sesuai untuk menggantikan perkataan yang bergaris.
33 Pengawas telah melaporkan
kejadian kecurian itu kepada Guru Besar.
A. mengajukan B. menyatakan C. memberitahu D. mengadukan
34 Pegawai yang angkuh itu telah
diberi amaran oleh ketua pejabatnya supaya lebih bersopan ketika berurusan
dengan orang ramal.
A. jahat B. bengis C. bongkak D. malas
Soalan 35 hingga Soalan 37
Isikan tempat kosong yang
bernombor dengan jawapan yang paling sesuai.
Dia tidak sanggup lagi ....(35).... seperti binatang. Oleh itu, dia
mengambil keputusan untuk melarikan diri dan ....(36).... tindakan majikannya
itu kepada pihak polis. Biar majikannya didakwa di mahkamah dan mendapat
....(37).... yang setimpal dengan perbuatannya.
35 A. berkelakuan B. dilakukan C. memperlakukan D. diperlakukan
36 A. laporkan B. melaporkan C. dilaporkan D. memperlaporkan
37 A. hukuman B. dihukum C. menghukum D. penghukuman
Soalan 38 dan Soalan 39
Pilih ayat yang menggunakan
tanda baca yang betul.
38 A. "Jangan kamu hampiri
cerun yang curam itu!" kata Cikgu Ahmad kepada Ramli.
B. "Jangan, kamu
hampiri cerun yang curam itu?" tempik Cikgu Ahmad kepada Ramli.
C.Jangan kamu hampiri cerun
yang curam itu, nasihat Cikgu Ahmad kepada Ramli.
D. Jangan kamu hampiri,
cerun yang curam itu! pekik cikgu Ahmad kepada Ramli.
39 A."Negara-negara di Asia Tenggara boleh menjadi kuasa ekonomi
dunia pada suatu ketika nanti,"
kata perdana menteri kita dengan yakin.
B. "Negara-negara di
Asia Tenggara, boleh menjadi kuasa ekonomi dunia, pada suatu ketika
nanti," kata
Perdana Menteri kita dengan yakin.
C. "Negara-negara di
asia tenggara boleh menjadi kuasa ekonomi dunia pada suatu ketika nanti."
kata Perdana Menteri kita dengan yakin.
D. "Negara-negara di
Asia Tenggara boleh menjadi kuasa
ekonomi dunia pada suatu ketika
nanti," kata Perdana
Menteri kita dengan yakin.
Soalan 40 dan Soalan 41
Pilih ayat tanya yang paling
sesuai bagi ayat yang bergaris.
40 Temasya Sukan Komanwel 1998 akan diadakan di Malaysia.
A. Benarkah temasya Sukan Komanwel 1998 akan diadakan di Malaysia?
B. Di manakah temasya Sukan Komanwel 1998 akan diadakan?
C. Bilakah temasya Sukan Komanwel akan diadakan di Malaysia?
D. Negara manakah yang akan menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel
1998?
41 Kawasan rumah yang tidak dibersihkan daripada bekas-bekas yang
boleh menakung air adalah
antara sebab utama pembiakan nyamuk aedes.
A. Bagaimanakah pembiakan nyamuk aedes boleh berlaku?
B. Apakah faktor penting yang menyebabkan pembiakan nyamuk aedes?
C. Apakah kesan daripada kawasan rumah yang tidak dibersihkan daripada
bekas-bekas yang
menakung air?
D. Di manakah nyamuk aedes biasanya membiak?
Soalan 42 dan Soalan 43
Pilih ayat-ayat yang betul.
42 I Gerhana matahari berlaku
apabila bulan berada betul -betul di antara matahari dan bumi.
II Malaysia berwawasan
untuk menuju menjadi negara maju pada tahun 2020.
III Hanya pelajar-pelajar
yang mendapat 4A dalam UPSR akan dipertimbangkan untuk masuk ke
sekolah berasrama penuh.
IV Acara lari dalam guni itu
disertai oleh para guru-guru sekolah ini.
A. I dan III sahaja B. I,
II dan III sahaja C. III dan IV
sahaja D. I, II dan IV sahaja
43 I Kami lari lintang-pukang
apabila dikejar oleh seekor anjing yang garang.
II Tiga orang murid-murid
sekolah saya telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan
peringkat daerah.
III Dia berasa waswas untuk
masuk ke dalam rumah yang dikatakan berhantu itu.
IV Tembakan pemburu itu
tepat mengenai kepala harimau yang telah membaham tiga ekor
kambing di kampung itu.
A. I dan II sahaja B. I
dan III sahaja C. I, III dan
IV sahaja D. II, III dan IV
sahaja
Soalan 44 dan Soalan 45
Pilih kata ganda yang bergaris
dalam ayat di bawah yang membawa maksud jamak
44 I Orang berduyun-duyun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola
sepak.
II Sudah berkali-kali ibu
mengejutkan adik tetapi adik masih lagi belum bangun daripada tidur.
III Ibu menyuruh adik
menghalau ayam-ayam yang memakan padi yang dijemur itu.
IV Tukang kayu itu sedang
memasang kuda-kuda pada rumah yang sedang dibina itu.
A. I dan II sahaja B. I,
II dan III sahaja C. II
dan IV sahaja D. I, III dan
IV sahaja
45 I Nenek mengambil masa berhari-hari untuk menyiapkan sebidang tikar
mengkuang yang
dianyamnya.
II Adik menangkap beberapa
ekor kunang-kunang lalu memasukkannya ke dalam botol.
III Mesyuarat itu dihadiri
oleh pemimpin-pemimpin kelab dan persatuan yang terdapat di sekolah
ini.
IV Ramai pemandu yang tidak
berhati-hati telah terlibat dalam kemalangan di jalan raya yang
bengkang- bengkok itu
A. I dan II sahaja B. I
dan III sahaja C. I, III
dan IV sahaja D. II, III
dan IV sahaja
Soalan 46 hingga Soalan 50
Pilih ayat atau ayat-ayat yang
menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
46. I Pemain itu gagal menjaringkan gol walaupun mendapat peluang
terbuka di depan pintu gol.
II Hatinya terbuka semula
untuk meneruskan pelajaran setelah melihat kejayaan abangnya
mendapat ijazah.
III Rakyat Malaysia
mengadakan rumah terbuka setiap kati menyambut hari raya.
IV Kucing itu menyelinap ke
dapur melalui tingkap yang terbuka itu.
A. I,III dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
47. I Ibu membeli tiga pucuk pisang untuk digoreng.
II Kambing suka makan pucuk
kayu muda.
III Para pendaki gunung itu
akan cuba mendaki hingga ke pucuk Gunung Kinabalu.
IV Polis telah merampas
beberapa pucuk pistol daripada kumpulan kongsi gelaD itu.
A. I dan II sahaja B. II dan
IV sahaja C. I, III dan IV
sahaja D. II, III dan IV sahaja
48 I Saya baru sekali pergi ke Pulau Langkawi.
II Pemandangan di kawasan
penanaman teh di Cameron Highlands indah sekali.
III Jangan kamu sekali
memandang rendah terhadap keupayaan lawan kamu itu.
IV Saya tidak menyangka sama
sekali akan memenangi peraduan mengarang itu.
A. II dan IV Sahaja B. I,
II dan III sahaja C. I, II dan IV
sahaja D. I, II, III dan IV
49 I Bangunan tinggi mesti mempunyai asas yang kukuh supaya tidak mudah
runtuh.
II Persahabatan mereka
menjadi semakin kukuh selepas menyertai kem motivasi tersebut.
III Kedudukan pasukan Pahang
dalam Liga Perdana bertambah kukuh setelah mereka
menumpaskan pasukan Selangor.
IV Pemain badminton itu menjadi semakin kukuh apabila dia menjuarai
pertandingan peringkat
dunia itu.
A. I dan III sahaja B. I, II dan III sahaja C. II dan IV sahaja D. III, III dan IV sahaja
50 I Datuk saya masih kelihatan sihat walaupun sudah b erumur 75 tahun.
II Matanya kurang kelihatan
menyebabkan dia terpaksa memakai cermin mata.
III Saya mendekati nenek
yang kelihatan kebingungan selepas turun dari bas ekspres itu.
IV Menara Kuala Lumpur boleh
kelihatan walaupun dari jarak sepuluh kilometer.
A. I dan III sahaja B. III
dan III sahaja C. I, II dan IV
sahaja D. I, III dan IV sahaja
http://tatabahasabm.tripod.com
diambil dari laman TM School Online
Jawapan
1. C
|
2. B
|
3. A
|
4. C
|
5. B
|
6. C
|
7. C
|
8. B
|
9. A
|
10. D
|
11. B
|
12. C
|
13. C
|
14. D
|
15. B
|
16. A
|
17. C
|
18. C
|
19. D
|
20. C
|
21. C
|
22. A
|
23. D
|
24. C
|
25. C
|
26. B
|
27. A
|
28. C
|
29. B
|
30. A
|
31. B
|
32. A
|
33. D
|
34. C
|
35. D
|
36. B
|
37. A
|
38. A
|
39. D
|
40. B
|
41. B
|
42. A
|
43. C
|
44. B
|
45. B
|
46. D
|
47. B
|
48. C
|
49. A
|
50. A
|





















Selamat mencuba
ReplyDeletewow..very nice blog...
ReplyDeletewow..very nice blog..
ReplyDeletebagus
ReplyDeleteThank You ^^
ReplyDelete