Falling object

Snow

TEXT

Running lamp

Wednesday, 7 November 2012

Contoh Karangan Jenis Fakta 2


Faedah Membaca Surat Khabar

        Di Negara kita terdapat pelbagai jenis surat khabar. Antara surat khabar yang terdapat di negara kita ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, Nanyang Siang Pau, Tamil Nesan, dan sebagainya.
        Terdapat pelbagai faedah membaca surat khabar. Kita dapat mengetahui hal-hal yang berlaku di dalam dan di luar negara. Kejadian seperti banjir di India, kebuluran di Afika, dan gempa bumi di Indonesia dapat kita ketahui melalui akbar harian.
    Selain itu, jika kita rajin membaca surat khabar, pengetahuan kita akan bertambah meliputi bidang sains, sastera, sejarah, ekonomi dan agama. Ini secara tidak langsung dapat membantu kita dalam pembelajaran bilik darjah.
    Dalam surat khabar, terdapat pelbagai jenis hiburan. Kartun, cerita-cerita lucu, dan sebagainya dapat menghiburkan hati kita. Ini dapat mengurangkan tekanan setelah seharian belajar atau bekerja. Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang yang terluang.
         Jelaslah banyak faedah yang kita peroleh jika membaca surat khabar. Tanamlah minat suka membaca surat khabar dalam diri untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Tidak rugi rajin membaca dan menjadi ulat buku.


No comments:

Post a Comment

Alam Bahasa Melaysia

Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)

Bahasa Melaysia Kertas 2 Bahagian C