Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang
saya hormati Tuan Guru Besar, guru-guru dan seterusnya para hadirin sekalian.
Berdirinya saya di sini pada hari ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan
yang bertujuk ‘Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan’.
Jiran
bermaksud orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Kita wajarnya
memupuk semangat kejiranan agar hidup kita harmoni.
Para
hadirin sekalian,
Terdapat pelbagai cara yang boleh
dilakukan untuk memupuk sikap kejiranan. Kita janganlah sombong dengan jiran
tetangga dan bermegah dengan apa yang kita miliki.
Pada musim perayaan, tanamkan sikap saling
kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Ini dapat mengeratkan lagi tali
persaudaraan sesame kaum. Kita juga perlu prihatin akan masalah jiran kita.
Jika ada jiran yang jatuh sakit, kita perlu menziarahinya atau menolongnya
menghantar ke hospital. Sikap kera sumbang perlu dikikis dalam diri kita.
Hadirin
yang dikasihi,
Dengan mengadakan pelbagai aktiviti juga,
semangat kejiranan dapat dipupuk. Antaranya ialah melalui aktiviti sukan,
gotong-royong dan sebagainya.
Akhir sekali, marilah kita sama-sama
mengamalkan semangat kejiranan agar masyarakat kita sentiasa aman dan harmoni.
Sekian,
terima kasih.





















No comments:
Post a Comment