Faedah Menyimpan Wang Di Bank
Di negara kita, terdapat
pelbagai bank. Antara ialah Bank Simpanan Nasional, Melaya Banking, Arab
Melaysian, Hong Kong Bank, dan sebagainya. Bank-bank ini diwujudkan untuk
memudahkan orang ramai menyimpan wang.
Banyak faedah yang akan kita peroleh jika kita
menyimpan wang di bank. Salah satunya ialah wang simpanan kita lebih selamat. Jika
kita menyimpannya di rumah, mungkin wang kita akan dicuri, dimakan anai-anai
atau musnah akibat kebakaran.
Selain itu, dengan menyimpan wang di bank, jumlah
wang kita akan menjadi semakin bertambah kerana setiap tahun kita akan mendapat
kadar faedah daripada bank.
Dengan menyimpan wang di bank, dengan secara
tidak langsung, kita telah membantu pihak kerajaan dan swasta untuk membina
kemudahan awam. Hal ini demikian kerana, wang yang kita simpan itu akan
digunakan oleh pihak kerajaan untuk membina jalan raya, sekolah, klinik atau
memberi sumbangan kepada orang yang kurang berupaya.
Jelaslah sekarang, banyak faedah yang kita
peoleh jika kita menyimpan wang di bank. Tabiat ini perlu dipupuk sejak kecil
lagi.Bak kata perpatah, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.





















No comments:
Post a Comment