Falling object

Snow

TEXT

Running lamp

Sunday, 18 November 2012

Contoh Karangan Keperihalan 2


Suasana Di Pasar

      Pada pagi Ahad yang lalu, saya telah mengikut ibu pergi ke pasar. Walaupun kami tiba awal, saya dapati orang ramai sudah berada di sana.
      Suasana di pasar sungguh sibuk serta riuh-rendah. Kami berjalan menuju ke gerai menjual ikan. Penjual-penjual ikan memanggil kami supaya membeli ikan gerai mereka. Saya lihat pelbagai jenis ikan seperti ikan kembung, cencaru, san keli. Ada juga sotong, udang, dan lain-lain lagi.
     Setelah ibu membeli ikan di salah sebuah gerai, kami menuju ke gerai menjual sayur pula. Di sana pelbagai jenis sayur-mayur dijual seperti sayur sawai, kangkong, kobis, cili, dan sebagainya. Ibu membeli sayur sawi. Suasana di sini bising seperti gerai menjual ikan. Kedengaran suara pembeli dan penjual sedang tawar-menawar harga barangan.
     Di hujung gerai menjual sayur, terhadap gerai menjual daging. Kelihatan beberapa tongkol daging lembu diikat tetapi kami tidak pergi ke gerai itu kerana ibu tidak berhajat untuk membelinya.
     Setelah selesai membeli barang yang diperlukan, saya dan ibu beredar untuk pulang ke rumah.

1 comment:

  1. karangan ini telah saya jadikan bahan bacaan kepada anak murid saya

    ReplyDelete

Alam Bahasa Melaysia

Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)

Bahasa Melaysia Kertas 2 Bahagian C