Merokok Membahayakan kesihatan
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati
guru-guru sekolah Zon Maharani, Muar, para hakim yang adil lagi bijaksana serta
hadirin yang saya hormati sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk
menyampaikan sebuah syarahan yang bertujuk ‘ Merokok Membahayakan kesihatan’.
Hadirin
yang saya hormati,
Dewasa ini pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk
menyedarkan masyarakat tentang bahaya merokok. Pelbagai lapisan masyarakat
terlibat dengan masalah ini sama ada kaum lelaki, perempuan, pelajar dan
lain-lain lagi.
Para
hadirin sekalian,
Terdapat pelbagai kesan kepada kesihatan
jika kita merokok. Barah paru-paru merupakan salah satu penyakit yang sering
menyerang perokok. Penyakit ini amat sukar untuk diubati. Selain itu, perokok
juga boleh dihidapi penyakit batuk berdarah. Penyakit gusi, gigi berdarah dan
mulut berbau busuk juga merupakan penyakit yang wujud akibat merokok.
Merokok bukan sahaja memudaratkan perokok
tetapi boleh mendatangkan keburukan kepada orang lain. Bagi wanita yang sedang
mengandung, merokok bukan sahaja membahayakan dirinya tetapi juga bayi yang
dikandung. Kemungkinan bayi yang dilahirkan nanti akan cacat.
Melihat akan bahayanya merokok kepada
kesihatan, maka marilah kita bersama-sama membuang tabiat merokok dan
menjauhinya.
Sekian dahulu syarahan saya, saya sudahi
dengan ucapan terima kasih.





















No comments:
Post a Comment