Kalau Aku
Menjadi Seorang Perdana Menteri
Sejak
kecil lagi, saya memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Jika suatu
hari nanti saya menjadi seorang Perdana Menteri, saya akan melakukan beberapa
perkara demi memastikan negara ini maju dan aman damai.
Perkara pertama
yang akan saya lakukan ialah saya akan cuba menghapuskan gejala rasuah. Pelbagai
kempen akan saya lakukan untuk menyedarkan orang ramai akan keburukan rasuah. Saya
juga akan menguatkuasa undang-undang dengan menjatuhkan hukuman yang lebih
berat kepada perasuah.
Saya juga akan
menjadikan negara ini sebuah negara yang maju. Pelabur-pelabur asing akan saya
tarik untuk melabur di Negara ini. Kilang-kilang akan diperbanyakkan untuk
memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.
Saya juga akan
melengkapkan system pertahanan negara dengan senjata-senjata yang canggih. Ini
bertujuan untuk menghalang ancaman musuh.
Selain itu, saya akan melawat kawasan luar bandar. Segala
aduan dan masalah yang mereka hadapi akan saya selesaikan. Orang-orang miskin
akan saya bantu untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Akhir sekali, demi untuk kesejahteraan hidup, saya
akan memastikan agar rakyat di negara ini mempunyai nilai akhlak yang tinggi.
Semoga harapan saya ini akan dimakbulkan. Saya
berjanji akan melakukan yang terbaik kepada negara.





















No comments:
Post a Comment